Seorang lelaki ditahan oleh polis malam kelmarin atas tuduhan memukul serta mengugut untuk membakar anak kandungnya sendiri kerana enggan menceraikan isterinya.
Dalam video tular di media sosial yang dipercayai dihantar kepada isterinya, lelaki tersebut dengan kejam meletakkan anaknya di tengah-tengah pusat pembakaran sampah, dikelilingi oleh api.
Kanak-kanak berusia dua tahun tersebut meraung ketakutan sambil berdiri dalam lingkaran api yang membara.
Suspek ditahan setelah pihak polis menerima aduan dari isterinya pada petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, suspek berusia 35 tahun itu ditahan sekitar jam 10.30 malam di sebuah perhentian bas berhampiran SMK Maran 2 di Maran. Dia didakwa cuba melarikan diri bersama anaknya.
Menurut pengadu, suspek telah melafazkan cerai dan mengusirnya keluar dari rumah pada 15 September. Dia kemudian pulang ke rumah bapanya di Beserah pada 17 September dan menerima beberapa video dari bekas suaminya.
Selain itu, pengadu juga menerima video suspek memarahi dan memukul anaknya yang berada dalam ketakutan.
Sumber: MalaysiaKini
The post Lelaki ugut bakar anak sebab tak nak ceraikan isteri appeared first on The Reporter.



