Lelaki warga asing berbogel atas bumbung dicekup

21 Jul 2026 • 8:50 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki warga asing berbogel atas bumbung dicekup
Tangkap layar rakaman video tular seorang lelaki warga asing dalam keadaan berbogel di atas bumbung rumah di Kapar, Klang pada Isnin.

KLANG - Seorang lelaki warga asing dalam keadaan berbogel di atas bumbung rumah di Taman Andalas Jaya di sini dicekup pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kejadian itu disedari orang awam kira-kira jam 7 pagi selepas melihat lelaki terbabit berjalan di atas bumbung.

"Seterusnya dengan bantuan pihak bomba, lelaki itu berjaya dibawa turun dengan selamat sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.

"Suspek merupakan warga asing berusia 37 tahun yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat serta Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana perbuatan kelucahan melampau.

Tambahnya, tindakan turut diambil mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Tegasnya, orang awam dinasihatkan supaya tidak menularkan video kejadian terbabit di media sosial supaya tidak mendatangkan kegusaran kepada masyarakat setempat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved