Lelaki warga asing ditahan, sengaja calarkan 8 kenderaan

LocalCars
10 Sep 2026 • 4:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki warga asing ditahan, sengaja calarkan 8 kenderaan
Seorang lelaki warga asing ditahan selepas dipercayai mencalarkan lapan buah kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir berhampiran The Exchange TRX di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga asing ditahan selepas dipercayai mencalarkan lapan buah kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir berhampiran The Exchange TRX di sini pada Rabu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Nuzulan Mohd Din berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pengadu yang meletakkan kenderaan jenis Zeekr 7X di kawasan parkir sebelum memasuki TRX kira-kira jam 9.30 pagi.

"Pengadu kemudian keluar dari kawasan berkenaan kira-kira jam 12.15 tengah hari dan mendapati terdapat kesan calar pada bahagian bonet kenderaannya, kerugian dianggarakan RM3,000," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini pada Khamis.

Nuzulan berkata, setakat ini, polis menerima 11 laporan termasuk tiga laporan dibuat oleh pihak pengurusan TRX.

"Suspek yang juga gelandangan itu ditahan pada petang hari sama di kawasan berhampiran TRX.

"Siasatan awal mendapati suspek berusia 34 tahun dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental dan menggunakan objek tumpul untuk mencalar kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir berkenaan," katanya.

Nuzulan berkata, suspek direman selama empat hari bermula Khamis hingga Ahad untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

"Suspek juga akan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pemeriksaan mental," katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved