Tiga suspek curi kabel kena tangkap di Ayer Tawar

10 Sep 2026 • 11:48 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tiga suspek curi kabel kena tangkap di Ayer Tawar

LUMUT – Tiga suspek kes curi kabel elektrik di sekitar Kampung Sungai Ramai, Ayer Tawar di Sitiawan, dekat sini, diberkas pihak polis pada pukul 7 pagi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd. Rahman berkata, suspek yang ditahan sepasukan polis dari Balai Polis Ayer Tawar merupakan dua lelaki Cina dan seorang lelaki India.

Katanya, pihaknya telah merampas 43 batang kabel jenis ABC 3 X 150MMP tertera tulisan Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada kabel sepanjang kira-kira 1,000 meter berkenaan.

“Kabel yang telah dipotong itu ditemui di dalam sebuah lori milik salah seorang suspek dan anggaran kerugian bernilai RM50,000.

“Tangkapan dan rampasan dibuat susulan laporan polis yang dibuat oleh pihak TNB berkenaan kejadian kecurian kabel elektrik di sekitar Kampung Sungai Ramai kira-kira pukul 4.39 pagi pada hari yang sama,” katanya di sini, hari ini.

Hasbullah berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Ketiga–tiga orang kena tuduh telah ditahan reman selama empat hari bermula 10 hingga 13 September 2026 untuk tujuan siasatan lanjut,” katanya.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung atau dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-688 6222.

Maklumat juga boleh disalurkan ke talian hotline WhatsApp 017-682 8005 atau mana–mana balai berhampiran. – KOSMO! ONLINE

The post Tiga suspek curi kabel kena tangkap di Ayer Tawar appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved