Lelaki warga asing ditemui maut dengan kesan tikaman dalam rumah kedai

LocalPolitics
24 Oct 2024 • 8:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

JOHOR BAHRU, 24 OKT: Seorang lelaki warga asing ditemukan maut dengan kesan tikaman di dalam sebuah rumah kedai berhampiran kawasan Taman Abad di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Supt Lim Jit Huey berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan mangsa yang ditemukan dalam keadaan berlumuran darah itu daripada orang awam, kira-kira 7.25 malam.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 50 tahun berada dalam keadaan terbaring dan terdapat kira-kira 16 kesan luka kecederaan akibat tikaman.

“Susulan itu, polis sedang mengesan suspek dan senjata yang digunakan dalam kejadian terbabit. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan 07-2182 323.

— BERNAMA