Lelaki ditemukan maut dengan 16 kesan tikaman

LocalPolitics
24 Oct 2024 • 8:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang lelaki warga asing ditemukan maut dengan 16 kesan tikaman pada tubuhnya di sebuah rumah kedai berhampiran Taman Abad di sini pada Rabu. Foto hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga asing ditemukan maut dengan 16 kesan tikaman pada tubuhnya di sebuah rumah kedai berhampiran Taman Abad di sini pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintenden Lim Jit Huey berkata, aduan mengenai kejadian itu diterima pihaknya daripada orang awam pada jam 7.25 malam.

“Siasatan awal daripada laporan polis mendapati mangsa merupakan seorang lelaki warganegara asing berusia 50 tahun dan ditemui dalam keadaan terbaring.

“Terdapat lebih 16 kesan luka kecederaan tikaman,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.

Beliau berkata, usaha mengesan supek dan senjata yang digunakan dalam kejadian itu sedang giat dijalankan.

Kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini boleh menghubungi talian hotline IPD JBS menerusi 07-2182323,” katanya.