Tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang individu dipercayai warga asing menggunakan token RapidKL sebagai alat mencungkil gigi ketika berada di tempat awam.
Menerusi rakaman yang dikongsikan, individu berkenaan dilihat selamba menggosok dan mencungkil gigi menggunakan token tersebut dalam tempoh agak lama.
Perbuatan itu mengundang rasa jijik netizen, lebih-lebih lagi token RapidKL digunakan orang ramai dan bertukar tangan setiap hari.
Ramai meluahkan kebimbangan terhadap aspek kebersihan kerana token yang digunakan semula oleh penumpang lain berisiko tercemar dengan air liur, kuman dan bakteria.

Malah, ada juga pengguna media sosial mengaitkan perkara itu dengan kemungkinan penularan penyakit berjangkit seperti influenza, HFMD serta jangkitan lain sekiranya aspek kebersihan tidak dipandang serius.
Selain itu, netizen turut menyuarakan rasa kurang senang dengan sikap segelintir individu yang dianggap tidak menjaga adab ketika menggunakan kemudahan awam.
Video berkenaan turut mencetuskan perdebatan mengenai tahap kebersihan token pengangkutan awam, dengan ada yang berharap pihak berkaitan dapat memperketat pemantauan serta memastikan token dibersihkan secara berkala demi keselamatan pengguna.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Pelakon Wanita 'Drama Kepolisan' Ditahan Positif Dadah
The post Lelaki Warga Asing ‘Gosok Gigi’ Pakai Token RapidKL, Netizen Luah Rasa Jijik – “Sampai Terkopek Dia Buat!” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






