Lelaki warga Brunei maut kemalangan acara kereta 'drag' di litar Sandakan

15 Dec 2024 • 12:19 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Seorang lelaki warganegara Brunei berumur 36 tahun maut dalam acara "Drag Battle" di Litar Sandakan Turf Club Batu 5 Sandakan pada petang Sabtu.

Pemangku Ketua Polis Sandakan, Supt.Ramasamy A/L Kuppan berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 4.44 petang tersebut, mangsa memandu kenderaan jenis Honda.

Advertisement“Hasil siasatan awal polis mendapati pada masa kejadian kenderaan yang dipandu mangsa yang merupakan peserta dalam acara Drag Battle ini, ketika melepasi garisan penamat, telah hilang kawalan lalu terbabas ke kiri litar perlumbaan.

"Mangsa tersepit dalam kenderaan yang dipandunya dan dikeluarkan oleh pihak Bomba," katanya.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more Mangsa yang mengalami kecederaan parah dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk rawatan, walaubagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia pada jam pada jam 5.25 petang di Hospital Duchess of Kent.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved