Lelaki warga China dikesan bantu siasatan kes dadah

13 Aug 2026 • 2:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki warga China dikesan bantu siasatan kes dadah
Polis mengesan seorang lelaki warga China bagi dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga China dikesan bagi dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan kes di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Rosdi Daud berkata, pihaknya memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki berusia 33 tahun itu untuk membantu mengesannya.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Khairul Izwan Zainal Abidin di talian 017-624 3870," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, maklumat juga boleh disalurkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di talian 03-9205 0222 sambungan 0207.

"Selain itu, maklumat boleh disalurkan kepada Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved