Tiada Rekod Masuk Rasmi, Dua Warganegara Asing Ditahan Guna Cap Palsu

18 Aug 2025 • 4:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dua warganegara asing yang cuba keluar dari negara ini gagal selepas ditahan di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA 2) petang semalam, selepas kedua-duanya didapati tiada rekod kemasukan rasmi ke negara ini.

Dua lelaki warganegara India dan China berusia lingkungan 30-an hingga 40-an tersebut ditahan sekitar jam 5.00 petang ketika melalui pemeriksaan imigresen setelah pegawai bertugas mengesyaki sesuatu selepas mendapati cap keselamatan pada pasport mereka mencurigakan.

image is not available

Dalam pada itu, semakan lanjut dalam sistem MyIMMs mengesahkan kecurigaan tersebut apabila tiada sebarang rekod pengerakan keluar atau masuk yang ditemui bagi kedua-dua individu tersebut.

Lebih menghairankan, cap pada passport mereka menunjukkan kemasukan dibuat melalui pintu masuk Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Kompleks ICQS Sultan Abu Bakar di Tanjung Kupang, Johor.

image is not available

Susulan penemuan itu, kedua-dua mereka ditahan kerana dipercayai melalukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan kini ditempatkan di Depot Imigresen KLIA2 sebelum diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Selangor untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, siasatan bagi mengenal pasti dalang yang terlibat sedang giat dijalankan AKPS KLIA dan pihak mereka tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap mana-mana pegawai yang didapati bersekongkol.

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.