Lelaki warga India sesat 8 jam di Air Terjun Kanching

4 Aug 2026 • 11:51 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki warga India sesat 8 jam di Air Terjun Kanching
Operasi SAR dimulakan selepas pihak bomba menerima laporan kehilangan mangsa pada jam 2.37 petang. Foto BBP Rawang
Image from: Lelaki warga India sesat 8 jam di Air Terjun Kanching
Operasi SAR dimulakan selepas pihak bomba menerima laporan kehilangan mangsa pada jam 2.37 petang. Foto BBP Rawang
Image from: Lelaki warga India sesat 8 jam di Air Terjun Kanching
Mangsa yang dilaporkan sesat di kawasan Air Terjun Kanching di sini ditemukan selamat. Foto BBP Rawang
Image from: Lelaki warga India sesat 8 jam di Air Terjun Kanching
Operasi SAR ditamatkan selepas mangsa ditemukan pada jam 10.30 malam. Foto BBP Rawang

GOMBAK – Seorang lelaki warga India yang dilaporkan sesat ketika berada di kawasan Air Terjun Kanching di sini ditemukan dalam keadaan selamat pada Isnin.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.37 petang.

"Seramai lapan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang bersama jentera digerakkan ke lokasi yang jaraknya sejauh tujuh kilometer," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

**media[3604720]**

Ashrul Riezal berkata, setibanya di lokasi, komander operasi dimaklumkan mangsa dipercayai sesat di kawasan air terjun berkenaan dan gagal dihubungi.

"Operasi mencari dan menyelamat segera dijalankan oleh anggota bomba bagi mengesan kedudukan mangsa di kawasan hutan sekitar air terjun," katanya.

**media[3604710]**

**media[3604718]**

Katanya, mangsa akhirnya berjaya ditemukan dalam keadaan selamat pada jam 10.30 malam.

"Anggota bomba membawa turun mangsa ke lokasi yang selamat," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved