Lelaki Warga Pakistan Ditemui Maut Di Sebuah Parkir Kenderaan Di Bintulu

2 Nov 2024 • 5:25 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mangsa ditemui terbaring berhampiran kenderaannya

Lelaki Warga Pakistan Ditemui Maut Di Sebuah Parkir Kenderaan Di Bintulu. Dilaporkan, seorang lelaki warga Pakistan berusia sekitar 30-an ditemui meninggal dunia di kawasan parkir kenderaan di Bintulu awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Nixon Joshua Ali, pihak polis menerima panggilan daripada Hospital Bintulu sekitar jam 5.50 pagi mengenai seorang lelaki yang ditemui terbaring berhampiran keretanya di lokasi tersebut.

image is not available
Lelaki Warga Pakistan Ditemui Maut Di Sebuah Parkir Kenderaan Di Bintulu. Sumber gambar: Utusan Borneo

Mangsa telah menetap lama di Sarawak ]

Hasil siasatan mendapati lelaki tersebut adalah warganegara Pakistan yang telah menetap lama di Sarawak.

Pemeriksaan awal menunjukkan bahawa mangsa telah rebah di tempat kejadian, dipercayai akibat penyakit kritikal yang dihidapinya.

image is not available

Mayat mangsa telah dibawa ke Rumah Mayat Hospital Bintulu untuk bedah siasat. Kes ini diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut (SDR).

Dalam masa yang sama, Nixon juga meminta saksi kejadian atau pihak yang mempunyai maklumat untuk menghubungi pegawai penyiasat, ASP Mohd Sani Junid, di talian 019-5666500 atau Bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304.

Lagi artikel terkini untuk anda di sini: