Lembaga Keamanan Dijangka Umum Pelan Pemulihan Pasca Perang Gaza Bernilai USD2.45 Bilion

WorldPolitics
24 Sep 2026 • 9:18 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

Image from: Lembaga Keamanan Dijangka Umum Pelan Pemulihan Pasca Perang Gaza Bernilai USD2.45 Bilion

Lembaga Keamanan dijadualkan mengumumkan satu cadangan pelan pemulihan pasca perang bagi Semenanjung Gaza bernilai USD2.45 bilion (kira-kira RM10.7 bilion) untuk tempoh enam bulan.

Menurut laporan portal Axios, pelan komprehensif yang merangkumi 66 projek itu dihasilkan hasil penelitian dan input selama setahun daripada puluhan wakil yang menganggotai Lembaga Keamanan beranggotakan 28 ahli bersama kerajaan teknokrat Palestin.

Fokus Utama Pelan Pemulihan

Antara intipati penting yang terkandung dalam cadangan unjuran pembiayaan tersebut merangkumi:

  • Penyediaan perumahan sementara bagi pelarian dan penduduk terjejas.

  • Kerja-kerja pembersihan runtuhan bangunan akibat serangan.

  • Pembaikan serta pemulihan hospital dan fasiliti kesihatan.

  • Inisiatif pemulihan ekonomi wilayah.

  • Pengerahan pasukan keselamatan multinasional.

  • “Rancangan itu menunjukkan cara untuk mempertahankan kerajaan daripada ketiadaan, ekonomi daripada kekusutan dan wilayah daripada bencana,” ujar seorang pegawai Lembaga Keamanan.

    Untuk rekod, Lembaga Keamanan telah ditubuhkan pada Januari lalu sebagai sebahagian daripada kerangka pelan keamanan Gaza yang diilhamkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang turut bertindak sebagai pengerusinya. Inisiatif ini mendapat sokongan menerusi Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2803 bagi menyelia proses peralihan termasuk aspek tadbir urus, keselamatan, dan pembinaan semula di Gaza.

    Sumber: Agensi Anadolu via TRT World

    Newswav Malaysia Best News App

    Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

    Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved