Eco Business Park 7, Tera Data Centers meterai perjanjian tanah perindustrian lebih RM1 bilion

Business & Finance
23 Sep 2026 • 7:10 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Eco Business Park 7, Tera Data Centers meterai perjanjian tanah perindustrian lebih RM1 bilion

PETALING JAYA: Eco Business Park 7 Sdn. Bhd. memeterai Perjanjian Jual Beli (SPA) bersyarat bagi menjual dua lot tanah perindustrian bernilai kira-kira RM1.013 bilion kepada Tera Data Centers (Malaysia) Sdn. Bhd. (TERA).

Urus niaga berkenaan melibatkan kawasan seluas 89.7 hektar yang terletak di dalam kawasan pembangunan Eco Business Park 7 (EBP 7) di Mukim Jimah, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Ketua Pegawai Pembangunan EBP 7, Datuk Ho Kwee Hong berkata, EBP 7 merupakan pembangunan perindustrian pertama yang dilancarkan dalam Parcel C MVV 2.0 untuk bertindak sebagai pemangkin pelaburan baharu dan kemajuan teknologi.

“Sejak dilancarkan pada November 2025, kami telah mencatatkan jualan lot perindustrian dan kilang sedia bina melebihi RM800 juta bagi fasa pertama.

“Ini termasuk ‘SME Core’ yang menjadi teras utama untuk menyokong pertumbuhan PKS tempatan dan pelabur industri besar, sekali gus menyumbang kepada penyediaan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi di negeri ini,” katanya dalam kenyataan. 

EBP 7 dibangunkan menerusi kerjasama awam-swasta antara Eco World Development Group Berhad (EcoWorld), SD Guthrie Berhad (SD Guthrie) dan NS Corporation (NS Corp) iaitu agensi negeri yang bertanggungjawab menyelaras serta memacu pelan induk Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV 2.0).

Kerjasama itu menggabungkan kepakaran EcoWorld dalam pembangunan taman perindustrian, sumber tanah SD Guthrie yang luas serta visi perancangan strategik NS Corp untuk Negeri Sembilan.

Tera merupakan sebahagian daripada platform infrastruktur digital yang beribu pejabat di Singapura dengan operasi di Malaysia, Thailand dan Indonesia, serta menumpukan kepada pembangunan dan pengendalian infrastruktur digital berskala besar untuk pelanggan berskala besar.

Pelaburan berskala besar oleh TERA itu sekali gus mengukuhkan visi EBP 7 dalam mewujudkan ekosistem perindustrian bernilai tinggi dan bersedia untuk masa hadapan.

Komitmen TERA mewakili bukti keyakinan tinggi terhadap daya saing Negeri Sembilan sebagai destinasi pilihan bagi pelaburan langsung asing (FDI) berteknologi tinggi selaras dengan aspirasi pembangunan MVV 2.0. – UTUSAN

The post Eco Business Park 7, Tera Data Centers meterai perjanjian tanah perindustrian lebih RM1 bilion appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved