Lembaga Tabung Haji Teruskan City Check-In, Jemaah Boleh Daftar Bagasi 48 Jam Lebih Awal

LocalTravel
3 Jun 2026 • 12:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

th ft

Lembaga Tabung Haji (TH) memulakan operasi City Check-In (CCI) bagi musim haji tahun ini sebagai usaha memudahkan urusan bagasi dan perjalanan pulang jemaah ke Malaysia.

Menerusi kemudahan itu, jemaah boleh menyerahkan bagasi lebih awal iaitu 48 jam sebelum penerbangan dan hanya perlu membawa beg dari bilik penginapan ke lokasi yang ditetapkan untuk proses daftar masuk.

Screenshot 2026 06 03 at 11.54.59 AM

Menurut Timbalan Pengarah Operasi Pengendalian Jemaah Haji, Mohd Ridzuan Yusoff, pelaksanaan CCI membantu mengurangkan kesulitan jemaah kerana mereka tidak lagi perlu membawa bagasi besar ketika menaiki bas ke lapangan terbang. Malah, proses daftar masuk juga menjadi lebih cepat dan teratur.

Beliau turut menjelaskan bahawa CCI berbeza dengan sistem Makkah Route kerana ia hanya melibatkan pengurusan bagasi, manakala urusan imigresen dilakukan menerusi Makkah Route.

Screenshot 2026 06 03 at 11.57.30 AM

Dalam masa sama, jemaah diingatkan supaya mematuhi had bagasi maksimum 30 kilogram bagi setiap individu serta tidak menyimpan air zamzam dalam bagasi kerana ia boleh dikesan melalui proses imbasan dan menyebabkan bagasi dibuka untuk pemeriksaan.

Diperkenalkan sejak 2013, CCI kini menjadi antara inisiatif utama TH dalam meningkatkan keselesaan perjalanan jemaah haji Malaysia dengan kerjasama syarikat penerbangan dan petugas khas yang mengendalikan kaunter mengikut penerbangan masing-masing.

Sumber: Astro Awani

Sumber: Astro AwaniSumber: Astro Awani

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.