Lenovo Googlebook Duet m Merupakan Googlebook Pertama Dalam Bentuk Tablet

TechnologyDigital
12 Aug 2026 • 6:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sebelum ini kami telah melaporkan bahawa Lenovo dijangka akan melancarkan beberapa komputer riba dan produk perkomputeran baru sewaktu acara IFA 2026 kelak. Terkini, satu lagi produk Lenovo telah tertiris, dan ia merupakan sebuah produk Lenovo yang tidak dijangka.

Lenovo Googlebook Duet m ialah produk tersebut, dan walaupun ia hadir dengan nama Googlebook, rekabentuknya melalui gambar olokan yang tertiris ke arena internet memperlihatkannya sebagai sebuah peranti tablet, menjadikannya sebagai tablet Googlebook pertama yang akan dilancarkan kelak.

Image from: Lenovo Googlebook Duet m Merupakan Googlebook Pertama Dalam Bentuk Tablet

Tablet ini, yang hadir dengan kod nama “Sapphire” sebelum ini merupakan sebuah tablet dengan paparan bersaiz 13 inci yang nampaknya akan dikuasakan oleh sebuah cip pemprosesan MediaTek. Jangkaan beberapa laporan ialah ia adalah cip MediaTek Kompanio Ultra 910 yang akan dijenamakan semula sebagai sebuah cip MediaTek Dimensity untuk tablet ini.

Image from: Lenovo Googlebook Duet m Merupakan Googlebook Pertama Dalam Bentuk Tablet

Siri tablet Lenovo Duet ini juga bukanlah model yang baru. Ia merupakan nama model yang diberikan kepada siri tablet 2-dalam-1 Lenovo Chromebook Duet yang dilancarkan beberapa tahun yang lalu. Dengan siri Googlebook, model Duet ini nampaknya akan diperkenalkan semula sebagai sebuah penawaran tablet mampu-milik yang sesuai digunakan oleh kanak-kanak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved