Penjejak Objek Google Pixel Tag Diumumkan Dengan Sokongan Find Hub dan UWB

TechnologyDigital
12 Aug 2026 • 11:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Seperti dijangka Google Pixel Tag – penjejak objek bluetooth pertama mereka – telah diumumkan sebentar tadi sebagai pesaing kepada AirTag dan SmartTag. Ia berbentuk bujur dengan ia hadir dengan sokongan penjejakan menerusi rangkaian Find Hub dan Ultra Wide Banda (UWB).

Image from: Penjejak Objek Google Pixel Tag Diumumkan Dengan Sokongan Find Hub dan UWB

Ia turut dilengkapi pembesar suara yang mengeluarkan bunyi untuk memudahkan ia dicari. Tubuhnya bujur dengan terdapat satu lampu LED di hadapan juga untuk memudahkan pencarian pada waktu malam.

Image from: Penjejak Objek Google Pixel Tag Diumumkan Dengan Sokongan Find Hub dan UWB

Ia tidak mempunyai lubang cangkuk terbina tetapi Google menjual aksesori membolehkan ia dicangkuk kepada sekawan kunci. Bateri bulat CR2032 digunakan dengan ia boleh ditukar sendiri. Google berkata satu bateri boleh bertahan selama setahun. Tubuh penjejak objek ini turut melepasi piawaian IP67.

Image from: Penjejak Objek Google Pixel Tag Diumumkan Dengan Sokongan Find Hub dan UWB

Untuk menggunakan Pixel Tag, peranti Android 9 dan ke atas adalah diperlukan. Walaupun telah diumumkan, Google Pixel tag hanya akan dijual bulan November depan pada harga $29 (~RM 119) dalam warna Fog sahaja.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved