
Xiaomi Pad 9 Pro Max bakal dipasarkan sebagai tablet mercu baharu yang menawarkan lebih daripada sekadar fungsi asas sebuah tablet. Peranti ini telah dipromosikan melalui imej rasmi, dengan salah satu pilihan warna yang dijangka mencetuskan trend iaitu merah gelap.

Xiaomi memberi penekanan terhadap paparan berukuran 13.3-inci dengan resolusi 3.4K, nisbah aspek 3:2 serta kecerahan punca 1000 nits dengan ketepatan warna yang tinggi. Paparan ini bukan sekadar untuk tontonan malah direka khusus sebagai alat produktiviti dengan antara muka yang menyerupai pengalaman sebuah PC sekali gus menjadikannya lebih sesuai untuk kerja harian dan penggunaan profesional.

Keunikan utama Xiaomi Pad 9 Pro Max terletak pada port USB‑C yang membolehkan ia digunakan sebagai monitor sekunder untuk komputer. Ia juga boleh berfungsi sebagai tablet lukisan digital apabila digabungkan dengan Xiaomi Focus Pen Pro serta alat kawalan TourBox. Selain itu, skrin besar yang dibawakan turut sesuai untuk pengalaman permua apabila disambungkan kepada konsol mudah alih yang menyokong DisplayPort 1.2.

Selain itu, Pad 9 Pro Max akan menjadi antara tablet pertama yang hadir dengan cip pemprosesan Xring O3 bersama HyperOS 4. Gabungan ini dibangunkan khusus untuk menyokong multitugas dan produktiviti skrin besar. Pelancaran rasmi dijadualkan berlangsung pada 7 September 2026 di China.





