Lenovo Mungkin Akan Memperkenalkan Tiga Model Konsol PC Legion Go Kelak

TechnologyDigital
25 Oct 2024 • 8:34 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Baru-baru ini kami telah melaporkan mengenai ura-ura bahawa AMD akan memperkenalkan tiga model cip pemprosesan dalam siri Ryzen Z, termasuklah AMD Ryzen Z2 Extreme, AMD Ryzen Z2 dan AMD Ryzen Z2G, yang rata-rata akan hadir dengan prestasi sama ataupun lebih baik berbanding AMD Ryzen Z1 Extreme.

image is not available

Terkini, terdapat ura-ura baru pula bahawa Lenovo juga dijangka akan memperkenalkan tiga buah model konsol Lenovo Legion Go tidak lama lagi, termasuklah Lenovo Legion Go S, yang nampaknya akan menjadi nama model untuk konsol Lenovo Legion Go “Lite” yang telah kami laporkan juga sebelum ini.

Tiga model ini akan menggunakan tiga CPU AMD Ryzen Z2 yang diperlihatkan, dan sekiranya berdasarkan nama model konsol yang diperlihatkan, termasuklah:

  • Lenovo Legion Go (8ASP2)
  • Lenovo Legion Go (8AHP2)
  • Lenovo Legion Go S (8ARP1)

image is not available

Jika anda melihat kepada nama model tersebut, SP, HP dan RP nampaknya memperlihatkan model cip pemprosesan yang akan digunakan, iaitu Strix Point, Hawk Point dan juga Rembrandt, dimana kesemuanya adalah nama kod untuk CPU-CPU AMD.

image is not available

Dan seperti yang diperlihatkan sebelum ini juga, Lenovo Legion Go S akan hadir dengan rekaan yang berbeza dimana konsol tersebut tidak lagi mempunyai alat kawalan yang boleh dicabut dari bahagian paparan. Buat masa ini tiada lagi kepastian yang diberikan berkenaan dua model lain, yang mungkin akan mengekalkan rekaan asal.

AMD dijangka akan memperkenalkan siri cip pemprosesan Ryzen Z2 sewaktu acara CES 2025, dan Lenovo juga mungkin akan menyusul dengan pengumuman berkenaan Legion Go baru selepas itu.