OpenAI Dilaporkan Akan Perkenal Model AI Baharu Pada Disember

TechnologyDigital
25 Oct 2024 • 5:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI kini dilaporkan akan memperkenalkan model baharu untuk kecerdasan buatan mereka, menjelang Disember 2024 kelak. Model baharu ini akan menjadi kemaskini besar dan merupakan pengganti kepada GPT-4, dan bukannya kemaskini kecil seperti GPT-4o sebelum ini.

Mengikut beberapa spekulasi sebelum ini, model akan datang ini dikenali dengan nama kod Orion, dan diperkatakan membawakan penambah-baikkan 100 kali ganda lebih berkuasa berbanding model GPT-4 sedia ada. Maklumat penuh berkaitan penawaran versi GPT akan datang ini masih tidak diketahui lagi.

Sebelum ini, ia telah diperkatakan OpenAI mungkin menggunakan data sintetik yang dijana dengan kecerdasan buatan dalam melatih model Orion ini.

Walaubagaimanapun, pihak OpenAI mengatakan laporan berkenaan tidak tepat – namun tidak mengulas lanjut berkenaan perkara ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved