Leona Doa Jodoh Paling ‘Perfect’ Di 10 Malam Akhir Ramadan, Azhar Sulaiman Beri Respon ‘Rare’

LocalFamily & Parenting
21 Mar 2025 • 11:53 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
azhar sulaiman

Pelakon Azhar Sulaiman sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila berkongsi perbualan dengan anaknya, Kasih Iris Leona yang meminta doa untuk bertemu jodoh terbaik dalam 10 malam terakhir Ramadan.

Dalam tangkap layar perbualan WhatsApp yang dikongsikan di Instagram, anak perempuannya menghantar mesej awal pagi meminta agar Azhar mendoakan supaya dia bertemu dengan jodoh terbaik dalam malam-malam terakhir Ramadan.

Leona mohon ditemukan jodoh paling ‘perfect’

image is not available

Sebagai seorang ayah yang dikenali dengan gaya bersahaja dan berseloroh, Azhar membalas dengan jawapan yang agak mengejutkan tetapi mencuit hati.

Azhar Sulaiman ‘reject’ doktor dan arkitek

image is not available

Assalam… Daddy doakan you akan jumpa jodoh yang terbaik untuk you for dunia dan akhirat. No doctor or architect. Accountant yes!

Jawapan tersebut terus menjadi perbualan netizen yang rata-ratanya terhibur dengan cara Azhar menetapkan ‘kriteria’ jodoh buat anaknya.

Ramai yang tertanya-tanya, kenapa doktor dan arkitek tidak diterima, tetapi akauntan boleh pula?

Di ruangan komen, ramai pengikutnya memberikan reaksi yang pelbagai. Ada yang berseloroh bahawa Azhar mungkin ada ‘pengalaman’ tertentu dengan doktor dan arkitek.

#ApaKataOhmedia

Mungkin disebabkan akauntan lebih stabil dari segi kewangan dan ada banyak masa dengan keluarga kot? Apa-apa pun semoga doa Leona di 10 malam terakhir Ramadan ini dimakbulkan Allah SWT.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Instagram Azhar Sulaiman


The post

appeared first on

.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved