10 malam terakhir Ramadan, Leona minta bapa doa dijodohkan dengan lelaki sempurna

21 Mar 2025 • 2:16 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Anak kepada pelakon, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona minta bapa untuk mendoakannya dikurniakan jodoh sempurna pada 10 malam terakhir Ramadan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Azhar di laman Instagramnya, dia mendedahkan tangkap layar perbualan dengan anak perempuannya yang berharap ditemukan dengan pasangan hidup yang baik kelak.

Dalam perkongsian itu, Leona percaya bahawa doa ibu bapa mudah dimakbulkan tambahan pula pada malam penuh keberkatan yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu malam Lailatul Qadar.

Leona minta bapa

Instagram will load in the frontend.

“Daddy tolong doakan saya bertemu dengan jodoh yang paling sempurna pada 10 malam terakhir Ramadan ini.

“Tahu kan, doa dari ibu bapa itu paling mustajab dan saya sangat berharap perkara ini menjadi kenyataan,” kata Leona.

Azhar kemudiannya memberi respon dengan mendoakan anaknya dijodohkan dengan lelaki idamannya dan sempat berseloroh kerjaya akauntan antara syarat yang perlu dipenuhi oleh bakal menantu.

Leona minta bapa

image is not available

“Daddy doakan you akan jumpa jodoh yang terbaik untuk you di dunia dan akhirat. Bukan doktor atau arkitek, kalau akauntan ya,” ujar Azhar.

Kenapa tak nak doktor atau arkitek?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat dua beranak tersebut malah, ada segelintir individu meluahkan rasa pelik Azhar enggan untuk terima bakal menantu dari kerjaya doktor dan arkitek.

image is not available image is not available

Semoga Leona dijodohkan dengan lelaki baik!

Dalam pada itu, ramai mendoakan agar impian Leona untuk berkahwin dengan lelaki sempurna dimakbulkan dan berharap segala urusannya dipermudahkan.

image is not available

Sumber: Instagram @Azhar Sulaiman

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved