“Daddy please pray for me” – Leona Mohon Bapa Doakannya Temui Jodoh Sempurna Pada 10 Malam Terakhir Ramadan

Entertainment
21 Mar 2025 • 11:26 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kebanyakan kita pasti kenal dengan pempengaruh TikTok, Kasih Iris Leona atau lebih mesra dipanggil Leona yang juga anak kepada pelakon lelaki terkenal, Azhar Sulaiman.

Awal pagi ini, Azhar Sulaiman ada memuat naik posting di Instagram memaparkan mesej WhatsAppnya bersama Leona yang menarik perhatian ramai.

Leona dilihat meminta Azhar untuk mendoakannya agar bertemu dengan jodoh yang sempurna pada 10 malam terakhir Ramadan ini.

image is not available

Daddy tolong doakan saya bertemu dengan jodoh yang paling sempurna pada 10 malam terakhir Ramadan ini.

“Tahu kan, doa dari ibu bapa itu paling mustajab dan saya sangat berharap perkara ini menjadi kenyataan,” katanya.

Leona juga pada masa yang sama dilihat menghantar gambar dengan wajah muncung seperti sedang bersedih.

“No doctor or architect… Accountant yes!”

Permintaan Leona mendapat balasan Azhar yang mengatakan dia akan mendoakan anaknya itu bertemu jodoh yang terbaik, namun pelakon ini lebih suka jika anaknya mengahwini seorang akauntan daripada doktor dan arkitek sepertinya.

Daddy doakan you akan jumpa jodoh yang terbaik untuk you untuk dunia dan akhirat. No doctor or architect. Accountant yes!” tulisnya.

image is not available

Namun Leona memberi jawapan balas mengatakan dia tidak mahu berjodoh dengan akauntan pula. Alamak!

Apa-apapun seronok tengok hubungan Azhar dan anaknya ini yang begitu erat. Harap-harap Leona temuilah jodoh yang dicari!

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.