Leona mengaku lahir sebagai puteri – “Tanggungjawab saya buat benda tak guna”

LocalEntertainment
6 Dec 2024 • 3:08 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Selebriti media sosial, Leona mengaku lahir sebagai puteri dan tanggungjawabnya dalam kehidupan ini hanya untuk melakukan perkara-perkara yang tidak berguna atau remeh.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Leona atau nama penuhnya Kasih Iris Leona Azhar telah memuat naik sepotong video rancangan realiti terbaharunya bersama pelakon Nabila Huda dan Eric Lay serta pelawak Shashic Iewan.

Leona mengaku lahir sebagai puteri

Difahamkan, rancangan realiti itu bertajuk Buka Kedai: Now In Tokyo itu akan memaparkan perjalanan keempat-empat selebriti itu untuk menjalankan perniagaan mereka di Jepun.

Sementara itu, pada video berkenaan, selebriti-selebriti itu sedang membincangkan rancangan sebelum melancarkan perniagaan mereka.

image is not available

Nabila bertanya jika ada diantara mereka yang tahu cara melipat kertas pembalut nasi lemak dan Leona menjawab dia boleh mempelajari teknik itu kerana pernah menyertai kelas membuat origami selama setahun.

Susulan itu, Shashic melemparkan gurauan terhadap Leona dan berkata kehidupan gadis itu sangat bosan kerana dia mempunyai masa untuk mengambil kelas seperti membuat origami sedangkan perkara itu boleh dipelajari sendiri.

image is not available

“Boringnya kehidupan awak, pergi kelas belajar buat origami, buat kopi. Kehidupan awak takde yang susah-susah sikit ke?” guraunya.

Gurauannya itu disambung pula oleh Eric yang berkata itu adalah kehidupan orang-orang kaya, namun jawapan daripada Leona menambah lagi gelak tawa daripada mereka.

Balas gurauan Shashic, Leona mengaku lahir sebagai puteri

image is not available

“Shashic, saya dilahirkan untuk menjadi puteri. Tanggungjawab saya dalam hidup ni untuk buat benda yang tak guna,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut terhibur dengan jawapan daripada anak pelakon Azhar Sulaiman itu.

Saya kecik2 pun pergi kelas origami

image is not available

Leona mengaku lahir sebagai puteri, jujur sangat dia ni

image is not available

Padahal kehidupan Leona impian setiap anak perempuan

image is not available

Yakinnya Leona nak guna skill origami balut nasi lemak

image is not available

Sekadar info, Buka Kedai: Now In Tokyo yang ditayangkan Astro Prima, Sooka dan Astro Go setiap hari Jumaat pukul 10 malam merupakan rancangan realiti pertama yang menampilkan Leona.

Sumber: TikTok leonathe2nd