Suami Zahnita Wilson Mengaku Tidak Bersalah Cederakan Isteri

Entertainment
5 Dec 2024 • 1:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Beberapa hari lalu, kecoh di media sosial apabila bekas pelakon dan model terkenal tempatan Zahnita Dorothy Hussein Wilson atau lebih dikenali sebagai Zahnita memuat naik gambar wajahnya yang lebam di bahagian mata.

Zahnita kemudian memberitahu dia merupakan mangsa keganasan rumah tangga dan perkara itu dialaminya sejak 20 tahun lalu.

Hari ini, suaminya, Abd Zackery Ghouse Abd Gafoor didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan atas dua tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap isteri dan dadah.

image is not available

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap isterinya selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.

Mengikut pertuduhan, Abd Zackery Ghouse didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas isterinya di sebuah rumah di Indera Mahkota, jam 8.20 pagi pada 7 Mei lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.

Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara selama tempoh sehingga setahun atau denda yang boleh sehingga RM2,000 atau dengan kedua-duanya.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret berlainan tertuduh didakwa di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana didakwa menggunakan dadah.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.