“Leona Ni Jenis Bodoh Setiap Hari” – Anak Sering Cetus Kontroversi, Azhar Sulaiman Risau Jadi Macam Aliff Syukri?

5 Jun 2023 • 3:22 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, anak perempuan Azhar Sulaiman tidak henti-henti mencetus kontroversi ‘panas’ sejak kebelakangan ini.

Barangkali sudah ‘penat’ dengan karenah anak perempuannya bernama Kasih Iris Leona itu, pelakon terbabit memuat naik status di Facebook meluahkan rasa risau.

image is not available

Melihat dari status tersebut, Azhar memberitahu bahawa setiap orang ada hari ‘bodohnya’, namun buat Leona, dia bimbang jika anaknya sejenis ‘bodoh’ setiap masa kerana tidak henti membuat hal.

image is not available

Bahkan, dalam ruangan komen, Azhar turut luah rasa bimbang jika anaknya itu sama seperti usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri yang tidak pernah henti cetus kontroversi hinggakan namanya selalu trending di media sosial.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata bersimpati terhadap pelakon terbabit kerana perlu melayan karenah anaknya dan berharap agar Azhar kekal sabar hadapi ujian ini.

Sebelum ini, Leona sering dikecam ramai susulan pakaian yang menjolok mata serta tidak melambangkan agama Islam.

image is not available 1 minggu lalu

"Bapak Dia Mesti Pening.." - Netizen Terkejut Tengok Anak Azhar Sulaiman Mandi Sungai Pakai 'Bikini'