“Saya Risau Kalau Leona Ni Jenis Bodoh Setiap Hari” – Azhar Sulaiman

5 Jun 2023 • 2:25 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Tak habis-habis dengan kontroversi, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman baru-baru ini mengundang perhatian lagi berikutan isu berpakaian seksi.

Sudah tentu, bapanya yang merupakan seorang selebriti yang dikenali ramai turut mendapat tempias kecaman.

image is not available

Sebagai bapa, pelakon ini dah tentu melaksanakan tanggungjawabnya untuk menegur sama ada secara tertutup mahupun secara terbuka.

Terbaru, pelakon drama bersiri Project High Council ini memuat naik satu hantaran di Facebook yang menarik perhatian ramai.

Tulis Azhar atau lebih mesra disapa Mami, kontroversi yang tercetus membuatkan dia risau jika anaknya itu bodoh setiap hari.

image is not available

Pelakon ini juga mempersoalkan adakah anaknya mahu menjadi seperti usahawan Datuk Aliff Syukri yang diketahui sering menimbulkan kontroversi di media sosial.

Di ruangan komen, orang ramai memberikan kata-kata semangat buat Mami supaya banyakkan bersabar dan tak putus asa berdoa untuk anak.

Jelas netizen, Leona suatu hari nanti pasti akan berubah dan mendengar nasihat orang tua.

Kredit: Facebook Azhar Sulaiman

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.