‘Lepak’ Di Kedai Kopi, Pak Cik Cina Tegur ‘Influencer’ – “Ini Tempat Tak Halal, Melayu Tak Datang Sini”

13 May 2025 • 12:29 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular di platform X satu video memaparkan influencer ditegur oleh seorang pak cik berbangsa Cina kerana duduk di tempat premis makanan yang tidak halal.

Pak cik Cina tegur ‘influencer’ Islam

Niat pak cik terbabit menegur influencer berkenaan kerana tidak mahu seseorang berbangsa Melayu Islam terlepas pandang dengan status kedai kopi tersebut.

Orang Melayu tak datang sini, sebab tempat tak halal.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku sewaktu influencer lelaki itu sedang melakukan siaran langsung ketika sedang minum di kedai kopi terbabit.

Hanya minum, tak makan

Bagaimanapun, lelaki berkenaan menyatakan bahawa dia mengetahui kedai tersebut tidak halal dan hanya minum air sahaja tetapi tidak makan.

Tetapi saya suka minum teh dan kopi Cina, sebab mereka buat sedaplah. Kopi tiada masalah.

Netizen rata-ratanya kagum dengan tindakan pak cik tersebut kerana bersikap prihatin kerana selalunya hal seperti itu tidak dihiraukan oleh pemilik restoran.

image is not available 5 hours ago

Individu Jual Air Paip Di 'TikTok Shop' Raih Perhatian Netizen - "Yang Mana Tak Ada Air Dekat Rumah Boleh Beli.."