Lepas 3 Minggu Padam Gambar Tak Bertudung, Mawar Rashid ‘Upload’ Gambar Free Hair Di IG Story

Entertainment
8 Nov 2023 • 11:17 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Isu artis yang memilih untuk membuka tudung selepas sekian lama berhijab bukanlah satu perkara yang baru.

Jika korang mengikuti perkembangan artis Malaysia di media sosial, kecoh baru-baru ini apabila pelakon Mawar Rashid telah membuat perubahan drastik dengan memuat naik gambar tidak berhijab.

Namun tidak lama selepas itu, pelakon ini membuat permohonan maaf kerana gagal istiqamah dan memadam semula kesemua gambarnya yang tidak berhijab.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

“Back to work”

Setelah tiga minggu kejadian itu berlaku, semalam, Mawar kembali membuat kejutan apabila apabila dia berkongsi penampilan terkininya di IG Story yang memaparkan dia kembali tidak bertudung.

Menerusi perkongsiannya, dipaparkan beberapa gambar dengan gaya rambut potongan terkini serta kapsyen menyatakan dia kini sudah kembali bekerja.

Back to work,” tulisnya.

image is not available

image is not available

Pelakon Kalis Kasih ini juga dilihat mengenakan baju berwarna hitam sambil melakukan beberapa reaksi wajah dan turut mempromosikan produk kecantikan dan alat solek jenama miliknya.

Sehingga setakat ini, tiada sebarang penjelasan yang diberikan Mawar atas tindakannya itu dan dia juga dilihat telah membataskan ruangan komen.

Apa-apapun kita doakan yang terbaik buat Mawar dan semoga dia kuat hadapi segala ujian yang mendatang.

Sumber: Kosmo, Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.