Lepas Cromboloni, Muncul Pula Croissant Versi Raya, Croipat!

Entertainment
6 Apr 2024 • 12:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Beberapa bulan lepas, tular di media sosial apabila ramai warganet yang teringin dan telah mencuba pastri Cromboloni iaitu gabungan pastri croissant dan Bomboloni.

Namun, sempena hari raya yang akan menjelma tak lama lagi ini pula, sebuah kafe telah menghasilkan croissant versi lebaran iaitu Croipat (croissant bentuk ketupat).

Difahamkan, kafe yang terletak di Sungai Buloh iaitu kafe Olios ini telah menghasilkan Croipat tersebut di mana pastri croissant ini berbentuk ala anyaman ketupat.

Lebih menarik lagi apabila inti pastri Croipat itu ialah inti rendang daging. Barulah sama macam makan ketupat ketika pagi raya kan.

image is not available
Croipat sebelum dibakar

Rata-rata warganet terkejut melihat croissant versi terbaru itu namun tak kurang juga ada yang tertarik ingin mencubanya kerana rupanya yang sangat cantik seperti anyaman ketupat.

image is not available

Siap ada warna-warna hijau lagi tu. Memang ada iras macam ketupat kan. Kreatif betul owner kafe ni!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.