Lepas Dikecam Teruk Ketiak Hitam, Influencer Mukbang Pakai Baju Senonoh Dipuji Netizen

Entertainment
16 Jan 2024 • 3:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selepas video tular kelakuannya yang mengundang rasa kurang senang ramai pihak, seorang TIkToker mukbang ini dilihat semakin mendapat penerimaan netizen selepas dia mengubah caranya yang lebih elok.

Dilihat ramai yang memberikan komen positif dalam perkongsiannya yang terbaru sejak kebelakangan ini. Malah, ada juga yang mula menunjukkan sokongan kepadanya.

Dalam video yang berdurasi 29 saat itu memperlihatkan lelaki yang dikenali sebagai Meon itu memakai baju seperti jubah atau kurta dengan kopiah sambil memakan menu kambing untuk dipromosikan.

Biarpun masih terkandung video-video cara lama itu di profil miliknya, namun dilihat seperti dia sudah mula mengubah ‘haluan’ cara mukbang tersebut dengan lebih sopan. Oleh itu, ramai netizen berharap agar Meon dapat kekalkan cara sebegini yang sekaligus menarik minat mereka untuk terus menonton videonya.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sebelum ini tular video Meon menayangkan bahagian bawah lengannya yang gelap di hadapan makanan, perkongsian itu telah membuatkan ramai netizen kurang senang dan anggap tindakannya itu tak elok di hadapan makanan.

Malah, ada juga pihak lain bersuara mengenai tindakannya itu dan menasihati untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.