Lepas Kes Gangguan Seksual, Individu Dakwa Bekas Kekasih Influencer Islamik Pula ‘Spill Tea’?

Entertainment
29 May 2024 • 12:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tidak lama dulu, tular di X mengenai pendedahan seorang individu yang mendakwa seorang influencer islamik terkenal dikatakan terlibat dalam kes gangguan seksual.

Walau bagaimanapun, susulan isu yang tersebar, influencer terbabit telah memuat naik kenyataan menafikan perbuatan tersebut dan menganggap ia sebagai fitnah.

Bekas kekasih pula ‘spill tea’?

Namun isu ini kembali menjadi perhatian apabila seorang wanita yang mendakwa dirinya pernah menjadi kekasih influencer tersebut tampil membuat kenyataan.

Menurut perkongsian wanita itu di IG story, dia mendakwa pernah menjalinkan hubungan dengan influencer itu hingga ke tahap ingin mengikat tali pertunangan sebelum putus di tengah jalan.

Wanita ini juga ada memuat naik sijil kursus kahwin yang diambilnya bersama influencer ini sebagai bukti dan memaparkan perbualan WhatsApp dengan ibu kepada pempengaruh tersebut sehari selepas merisik.

image is not available

image is not available

Kenapa baru sekarang saya nak bersuara ada sebab dan saya rasa dia pun tahu sebab apa.

“Ada sebab saya cakap jangan nafikan tu semua fitnah. Saya hanya mahu dia bersemuka dengan saya, itu saja,” katanya di IG story.

Wanita itu juga pada masa yang sama menafikan dia mengenali individu yang menularkan isu ini di X.

image is not available

image is not available

Saya tak ada niat untuk menjatuhkan dia tapi cara mereka terlalu kurang ajar dan patut diajar,” kata wanita itu lagi.

Apa-apapun setakat artikel ini ditulis, influencer berkenaan masih belum memberi kenyataan balas berkenaan isu ini.

Sumber: Gempak, X, Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.