Lepas Melawak Pasal MH370, Jocelyn Chia Akan Buat ‘Apology Tour’ Di Malaysia Tapi Ramai Bantah – “Dasar Terencat Tak Tahu Malu”

22 Jun 2023 • 3:21 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Jenaka yang dilakukan oleh stand up comedian berasal dari Singapura, Jocelyn Chia yang menyentuh tentang tragedi MH370 mengundang kecaman rakyat Malaysia.

Bukan itu sahaja, Chrissie Mayr, pelawak dari Amerika Syarikat juga turut dihentam gara-gara menyokong Jocelyn membuat lawak tentang tragedi itu.

image is not available 21 jam lalu

"Tak Ada Sorang Dalam Negara Kelas Ketiga Bodoh Kamu Yang..." - Sokong Jocelyn Chia, Pelawak US Terima Ugutan Bunuh

Namun, selepas dianggap tiada sensitiviti sehingga mencetuskan kontroversi kedua-dua wanita itu bakal melakukan ‘apology tour’ di Kuala Lumpur.

Menerusi Instagram, Chrissie memaklumkan tour itu bakal diadakan di Electric Boulevard, TREC, Kuala Lumpur pada penghujung bulan Ogos akan datang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Chrissie Mayr (@chrissiemayrpod)

Bagaimanapun, perkara itu sekali lagi meraih perhatian dan menaikkan kemarahan ramai warga Malaysia yang sudah semestinya tidak bersetuju Jocelyn dan Chrissie membuat persembahan di sini.

Ruangan komen hantaran itu dipenuhi dengan respon daripada rakyat kita yang berharap agar pihak berwajib tidak membenarkan kedua-duanya masuk ke Malaysia.

Dalam pada itu, sesetengah individu mengkritik dua wanita ini yang menggunakan kontroversi dicipta oleh mereka sendiri untuk mengaut keuntungan menerusi so called ‘Apology Tour’ berkenaan.

image is not available image is not available image is not available image is not available