'Lepas Muktamar, PN duduk semeja bincang berkaitan Bersatu' - Takiyuddin

LocalPolitics
1 Sep 2026 • 2:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Lepas Muktamar, PN duduk semeja bincang berkaitan Bersatu' - Takiyuddin
Takiyuddin

KOTA BHARU - Perikatan Nasional (PN) akan duduk semeja selepas Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 bagi membincangkan isu-isu bersesuaian termasuk perkara berkaitan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam gabungan itu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perbincangan antara parti dalam PN itu dijangka diadakan dalam masa terdekat sejurus selesai Muktamar Pas.

"Ya, dalam masa terdekat. Lepas Muktamar," katanya semasa menghadiri mesyuarat akhir persiapan Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di sini pada Selasa.

Dalam perkembangan lain, Takiyuddin memberitahu, beliau masih belum menerima sebarang makluman daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) selepas dipanggil selama empat jam untuk memberikan keterangan minggu lalu.

Ujarnya, ketika ini beliau sedang menunggu maklum balas daripada RoS.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved