Bersatu hilang kuorum MPT, Ahli Parlimen kemukakan aduan pada RoS

LocalPolitics
23 Aug 2026 • 9:34 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bersatu hilang kuorum MPT, Ahli Parlimen kemukakan aduan pada RoS

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) mendedahkan empat Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) selepas mendakwa parti itu tidak lagi mempunyai kuorum mencukupi untuk mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).

Setiausaha Agungnya Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, aduan itu telah dikemukakan oleh ahli Parlimen tersebut pada 13 Julai.

Katanya, berdasarkan perlembagaan Bersatu, MPT terdiri daripada 49 anggota dan sekurang-kurangnya separuh, iaitu 25 orang, diperlukan untuk membentuk kuorum mesyuarat.

“Susulan aduan itu, saya mengemukakan surat tunjuk sebab kepada Setiausaha Agung Bersatu pada 14 Julai lalu bagi mendapatkan penjelasan dalam tempoh dua hari.

“Saya telah beri satu surat tunjuk sebab kepada Setiausaha Agung Bersatu untuk bagi penjelasan, tetapkan ini betul atau tidak dalam masa dua hari,” katanya kepada pemberita selepas majlis Ceramah Isu Semasa dan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Syariah (Kelantan) 2026 disini malam tadi.

Takiyuddin memberitahu, berdasarkan aduan empat Ahli Parlimen berkenaan, Bersatu kini hanya mempunyai 23 anggota MPT, iaitu dua orang kurang daripada jumlah yang diperlukan untuk membentuk kuorum.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu merupakan tafsiran dan dakwaan empat Ahli Parlimen berkenaan serta perlu ditentukan oleh RoS.

“Bersatu sehingga kini masih belum memberikan jawapan terhadap surat tunjuk sebab berkenaan,” ujarnya.-UTUSAN

The post Bersatu hilang kuorum MPT, Ahli Parlimen kemukakan aduan pada RoS appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved