Lepas nikah ‘no honeymoon’, Syed Saddiq terus masuk Parlimen

LocalPolitics
12 Oct 2026 • 3:31 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lepas nikah ‘no honeymoon’, Syed Saddiq terus masuk Parlimen

PETALING JAYA – Baru dua hari bergelar suami, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kembali menjalankan tugas apabila dilihat hadir di Dewan Rakyat hari ini.

Kehadiran beliau mencuri perhatian pengguna media sosial selepas Syed Saddiq berkongsi gambar berada di dalam Dewan Rakyat sambil mengikuti ucapan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

“Meneliti ucapan YB Ketua Pembangkang @hamzahzainudin_ di Parlimen,” tulis Syed Saddiq.

Perkongsian itu kemudian tular apabila seorang pengguna Threads membandingkan komitmen Syed Saddiq dengan pengalamannya sendiri ketika baru berkahwin.

“Ya Allah, aku dulu sebelum kahwin siap ambil cuti tahunan dua minggu sebab hendak menikmati fasa pengantin baru dan bulan madu. YB pula baru kahwin dua hari, hari ini sudah masuk Parlimen,” katanya.

“YB tak berbulan madu dulu ke? Terus masuk kerja nampaknya,” komen Alya.

“Wah baru dua hari bergelar suami terus masuk Parlimen. Berbulan madulah dulu YB,” komen Raisya pula.

Terdahulu, Syed Saddiq selamat diijabkabulkan dengan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah dalam majlis akad nikah di Tingkat 118, Merdeka 118 Precinct, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Pasangan berkenaan sah sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada pukul 10.41 pagi dalam majlis yang dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat.

Majlis pernikahan itu kemudian disusuli dengan acara meraikan pasangan pengantin pada Ahad, menjadikan hujung minggu berkenaan dipenuhi dengan sambutan perkahwinan. – KOSMO! ONLINE

The post Lepas nikah ‘no honeymoon’, Syed Saddiq terus masuk Parlimen appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved