'I need one' kepada 'now found the one.' Rakan kongsi tangisan Bella Astillah, kini tumpang bahagia saksikan kegembiraan

12 Oct 2026 • 12:07 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'I need one' kepada 'now found the one.' Rakan kongsi tangisan Bella Astillah, kini tumpang bahagia saksikan kegembiraan

PERKAHWINAN Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyentuh hati ramai termasuk rakan yang menyaksikan sendiri perjalanan penyanyi itu bangkit daripada kehidupan lalu.

Pengasas Hijabistahub, Wanie Elena antara individu yang turut tumpang gembira apabila sahabatnya itu akhirnya bertemu insan yang tepat untuk berkongsi hidup.

Menerusi satu hantaran, Wanie berkongsi video yang merakamkan momen sebak pemilik nama penuh Dayang Nabellah Awang Astillah itu ketika menghadiri majlis perkahwinan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann pada 9 Jun 2024.

Dalam video berdurasi 20 saat itu, Bella meluahkan hasratnya untuk turut merasai kebahagiaan berumah tangga.

"I need one," ujar Bella menerusi video berdurasi 20 saat sambil menitiskan air mata.

Momen ringkas itu pastinya membawa makna tersendiri buat Wanie yang menyimpan janji untuk berkongsi rakaman tersebut apabila Bella bertemu seseorang yang benar-benar membahagiakannya.

Image from: 'I need one' kepada 'now found the one.' Rakan kongsi tangisan Bella Astillah, kini tumpang bahagia saksikan kegembiraan

Kini, janji itu akhirnya tertunai apabila Bella sah bergelar isteri kepada Syed Saddiq.

Malah, Wanie turut menitipkan doa agar rumah tangga yang dibina pasangan itu sentiasa dilimpahi kasih sayang dan kebahagiaan hingga ke syurga.

"I need one' — Bella, 2024. Now you’ve found ‘the one’.

"Masa saya rakam (video) ini pada tahun 2024, saya berjanji dengan Bella yang saya akan kongsikan video ini bila dia dah jumpa seseorang yang betul-betul boleh membahagiakannya.

"Alhamdulillah, hari itu akhirnya tiba. Saya sangat gembira awak sudah menemui kebahagiaan yang pernah awak doakan.

"Semoga ALLAH memberkati perkahwinan awak dengan kasih sayang dan kebahagiaan yang berpanjangan, serta kekal bersama hingga ke jannah. Sayang awak selalu Bella Astillah," kongsinya.

Untuk rekod, Bella dan Syed Saddiq selamat disatukan sebagai suami isteri pada pukul 10.40 pagi, Sabtu lalu.

Bella sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz, namun berpisah pada 13 Jun 2024.

Sumber; Threads

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved