Lepas Seminggu Berkenalan, Nenek Kepada 44 Cucu Berkahwin Semula Pada Usia 78 Tahun

Entertainment
30 Apr 2024 • 12:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Cinta tidak mengenal usia, seorang nenek berusia 78 tahun bertemu jodohnya baru-baru ini selepas kematian suaminya 42 tahun lalu.

Menurut laporan New Straits Times, Rohani Mohd Kassim, yang mempunyai lapan orang anak, 44 cucu dan 15 cicit, kembali menemui cinta selepas bertemu suaminya, Yusof Embi berusia 77 tahun yang ‘dikenenkan’ oleh rakan-rakan.

Selepas mendapat persetujuan anak-anaknya serta ahli keluarga lain, Rohani berkongsi dia menerima lamaran nikah pada hari pertama Ramadan tahun ini.

@natasyanajjla1

Ketepi semuaaa……. Nenek saya dah kahwin #Anidyu

♬ Naif Karena Kamu Cuma Satu – AJR

“Saya sudah 42 tahun berstatus janda dan anak-anak sudah mempunyai kehidupan sendiri.

Kini Allah membuka hati saya untuk menerima pasangan hidup semula dan saya sangat ingin mencari seseorang yang boleh menjadi imam dan peneman,” katanya.

Difahamkan, suaminya itu melamarnya selepas seminggu mengenali hati budi masing-masing, dia juga bersyukur pernikahan itu mendapat restu semua ahli keluarga dan berharap hubungan ini berpanjangan sehingga ke Jannah.

Dalam laporan yang sama, difahamkan majlis pernikahan pasangan itu yang diadakan di Dewan Serbaguna Masjid Az-Zubair Ibnul Awwam, Cheras dan ia disambut meriah oleh keluarga serta sahabat handai.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.