Main code cinta, Nad Zainal tak sangka suami tahu maksud ‘MUSM’

25 Apr 2024 • 5:46 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon jelita, Nad Zainal tak sangka apabila suaminya, Ungku Ismail mengetahui maksud singkatan bagi MUSM iaitu code cinta yang mula tular sejak semalam.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh aktres yang berusia 34 tahun itu di laman Instagramnya, dia kagum dengan kemahiran suaminya yang pakar dalam pelbagai bidang.

Nad Zainal tak sangka

Dalam perkongsian itu, kelihatan Nad Zainal atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin turut mempersoalkan tindakan suaminya membalas kerinduan walhal akan pulang ke rumah dalam tempoh terdekat.

“Alaaaa ingatkan dia tak tahu.. pandai sangat dia ni.. pandai coding buat game, buat apps.. coding cinta pun tau, pandai sangat awak ni.. saya risau.

“Kenapa nak miss you kat i? lagi sejam you balik kan? Kenapa kenapaaaaaa????,” soalnya.

Nad Zainal tak sangka

image is not available

Netizen terhibur dengan gelagat Nad Zainal

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Nad Zainal yang dikatakan mengikuti trend atau perkembangan isu semasa yang sedang hangat berlaku di laman sosial.

image is not available image is not available

Tertarik cara Nad Zainal save nama suami

Dalam pada itu, ada juuga individu yang tertarik dengan cara Nad Zainal menyimpan nama suaminya di dalam kenalan telefon sebagai ‘Ungku Ismail’ berbanding panggilan yang mesra.

image is not available image is not available

Sejak semalam, kecoh di media sosial mengenai penularan tangkap layar perbualan diantara pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies. Apa yang menarik perhatian ramai adalah code cinta yang digunakan oleh dua selebriti tersebut seperti ‘LU, LUM, MUSM, TPM’.

Sekadar info, Nad Zainal mendirikan rumah tangga bersama Ungku Ismail pada 23 Januari 2023 dan dikurniakan anak lelaki pada 10 Oktober lalu. Menerusi perkahwinan terdahulu, Nad turut memiliki dua orang anak iaitu Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.

Sumber: Instagram @Nad Zainal