Les Copaque Umum Siri Animasi Baharu – Legasi Kuasa

LocalEntertainment
25 May 2026 • 7:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Les Copaque Umum Siri Animasi Baharu – Legasi Kuasa

Les Copaque merupakan studio animasi popular di Malaysia yang terkenal dengan siri animasi Upin dan Ipin, serta turut telah menerbitkan beberapa IP lain bawah mereka. Menariknya, selepas sekian lama memfokuskan kepada penghasilan animasi 3D dibawah mereka, kini Les Copaque turut akan hadir dengan siri animasi 2D pertama mereka.

Dinamakan sebagai Legasi Kuasa, ia dijangka ditayangkan bermula bulan Jun 2026 ini, di saluran RTM dan TV Okey. Les Copaque menyasarkan tayangannya bermula 20 Jun 2026 ini.

Buat masa ini, tiada sinopsis atau penerangan berkaitan siri animasi tersebut dikongsikan oleh pihak Les Copaque. Mungkin kita mendengar lanjut berkenaan penawaran animasi ini dalam minggu-minggu akan datang kelak.

Image from: Les Copaque Umum Siri Animasi Baharu – Legasi Kuasa
View Original Article