Lesen DDNK Digantung Suruhanjaya Sekuriti, Ada Yang Kata Sebab Bekas Isteri ‘Report’?

Entertainment
13 Oct 2022 • 3:28 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nama Datuk Dr Nazri Khan (DDNK) menjadi bualan ramai sejak dua menjak kebelakangan ini, bulan lepas dia menjadi buah mulut ramai apabila perkahwinan kali keduanya dengan wanita berusia 20-an dikatakan telah menelan belanja hampir RM 500K dengan tema Beauty and The Beast.

Disangkakan panas ke petang, rupanya hujan di tengah hari, nama DDNK menjadi sebutan ramai lagi kali ini berkaitan dengan lesen saham yang dipegangnya.

Kontroversi ini sedang hangat diperkatakan di laman Facebook, sebuah posting yang dimuat naik oleh pengguna Facebook dengan nama Bomoh Bursa mendakwa lesen DDNK telah pun digantung oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

TAK ENSEM TAKPA, JANJI KAYA DAH KENA GANTUNG LESEN.Sahabat Tok daripada SC call Tok kata DDNK punya lesen dah kena…

Posted by Bomoh Bursa on Tuesday, October 11, 2022

Dalam tangkap layar yang dimuat naik, lesen yang diperoleh DDNK sejak tahun 2019 itu disahkan telah digantung selama enam bulan dan ia telah pun dikuatkuasakan bermula 6 Oktober lepas.

Malah, dalam posting tersebut pengguna Facebook itu juga berkata dia hairan mengapa lesen pakar pelaburan itu tidak digantung sejak dahulu lagi kerana dikatakan produk yang dijualnya itu adalah satu bentuk penipuan.

“Selama ni, entah kenapa kebal sangat. Dia bohong sana sini. Dahlah ajar cfd dan option yang haram tu.” tulisnya.

Individu berkenaan juga mendakwa ada kemungkinan penggantungan lesen DDNK itu dibuat oleh bekas isterinya sendiri.

“Tok rasa DDNK ada bela orang dalam SC ka, menteri ka, itu yang kebal. Orang kata ex bini dia yang report SC pasal scam dia.” tulisnya lagi.

Apa-apa pun, kita jangan buat spekulasi, biar tuan punya badan yang beri penjelasan. Okay?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.