Lesen Jurulatih Tampar Pemain Bawah Umur Ditarik – Hannah Yeoh

12 Jan 2023 • 4:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jurulatih bola tampar yang tular kerana menampar pemainnya baru-baru ini tidak lagi dibenarkan menjadi jurulatih di sekolah, kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Hannah Yeoh berkata, Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) telah membatalkan lesen jurulatih berkenaan dalam sebuah sidang media.

Turut sama dalam sidang media itu ialah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang turut membuat pengumuman itu dan memberitahu lesen jurulatih tersebut ditarik melalui jawatankuasa undang-undang dan tatatertib.

image is not available

Katanya, sebagai langkah awal, jurulatih sukan tersebut yang juga merupakan seorang guru tidak lagi dibenarkan menjadi jurulatih sukan tersebut termasuk jurulatih untuk murid sekolah.

Jurulatih itu yang juga merupakan seorang guru telah ditarik semula Sijil Kejurulatihan Bola Tampar Tahap 1 (Sukan Spesifik) oleh MAVA, dan belum pernah membuat permohonan lesen kejurulatihan Skim Perlesenan Kejurulatihan Kebangsaan (SLKK) sebagai pengiktirafan Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK).

“Majlis Sukan Negara dan MAVA kedua-duanya telah memuktamadkan siasatan mereka yang mana secara sebulat suara memutuskan bahawa jurulatih itu sepatutnya hilang kelayakan daripada menjadi seorang jurulatih.

Insiden itu telah membuka mata bahawa terdapat keperluan untuk mewajibkan semua jurulatih kepada murid sekolah menjadi sebahagian daripada SLKK dan SPKK,” katanya.

Dalam laporan The Star, KBS juga telah mengarahkan Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) di bawah Institut Sukan Negara (ISN) untuk memastikan pelaksanaan peraturan yang mewajibkan setiap jurulatih memperbaharui lesen kejurulatihan diperoleh sebagai pengiktirafan SPKK setiap dua tahun.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.