Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan! MDEC Dalam Proses Batal Status Malaysia Digital Terhadap NSO Malaysia

LocalBusiness & Finance
22 Jul 2026 • 11:22 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan! MDEC Dalam Proses Batal Status Malaysia Digital Terhadap NSO Malaysia

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) mengambil tindakan segera untuk membatalkan status Malaysia Digital terhadap NSO Malaysia Sdn Bhd, syarikat yang mengendalikan Network School di Forest City, Iskandar Puteri, Johor.

MDEC dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan tindakan itu susulan keputusan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang membatalkan lesen perniagaan NSO.

Menurut MDEC, syarat bagi status Malaysia Digital menetapkan setiap syarikat perlu mendapatkan permit dan lesen berkaitan bagi menjalankan aktiviti diluluskan selain mematuhi semua peraturan serta syarat pelesenan yang berkuat kuasa.

“Pembatalan lesen perniagaan NSO merupakan suatu ketidakpatuhan terhadap syarat ini.
“Sehubungan itu, MDEC sedang mengambil tindakan segera untuk membatalkan status Malaysia Digital terhadap NSO,” jelasnya.

Dalam pada itu, MDEC menegaskan pihaknya sentiasa mengalu-alukan pelaburan digital berkualiti ke Malaysia, namun pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan negara tidak boleh dikompromi.

Artikel lain: Keluar Secara Haram? JIM Siasat, 19 Individu Dikaitkan Dengan Network School Masih Gagal Dikesan

Terdahulu, MBIP mengeluarkan Notis Henti Niaga terhadap NSO yang berkuat kuasa esok susulan ketidakpatuhan terhadap syarat pelesenan serta penggunaan premis di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan.

Sebelum ini, kewujudan Network School di Forest City menjadi perhatian selepas tular dakwaan di media sosial yang mengaitkannya dengan agenda tertentu melibatkan pelaburan mata wang asing.

Sumber: BERNAMA

The post Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan! MDEC Dalam Proses Batal Status Malaysia Digital Terhadap NSO Malaysia appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved