Premis Network School Di Forest City Disita Pihak Berkuasa

LocalBusiness & Finance
22 Jul 2026 • 6:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Premis Network School (NS) yang terletak di Forest CIty telah ditutup dan disita oleh pihak Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP). Ini berikutan lesen operasi syarikat yang diasaskan oleh Balaji Srinivasan ini telah dibatalkan kerana didapati melanggar beberapa syarat lesen yang ditetapkan. Notis penutupan dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil 49(2) Pelesenan MBIP 2018 .

Pada hari yang sama operasi NS ditutup di pulau berhampiran Singapura ini, Balaji mengumumkan pihak sekolah telah menandatangani memorandum persetujuan dengan pihak kerajaan Kazakhstan. Ini memberikan petanda mungkin selepas ini NS akan berhijrah pula ke negara Asia Tengah tersebut.

Image from: Premis Network School Di Forest City Disita Pihak Berkuasa

Pihak NS dan Balaji sehingga ke hari ni masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai penutupan operasi oleh MBIP. Apakah yang berlaku kepada penghuni juga masih lagi samar. Operasi NS di Malaysia menjadi bualan ramai kerana video promosi tidak pernah menyebut ia terletak di Malaysia dan sekadar mengatakan lokasinya di pulai berhampiran Singapura.

Kemudian dalam beberapa temubual, Balaji mengatakan telah membeli pulau untuk membentuk sebuah negara baharu yang mengancam kedaulatan Forest City. Pada waktu yang sama beberapa peserta daripada Israel secara terbuka mengatakan mereka menyertai NS dengan menggunakan pasport kewarganegaraan kedua bagi mengelak daripada dihalang memasuki Malaysia.

Dalam perkembangan yang sama, MDEC mengesahkan ia sedang dalam proses membatalkan status Malaysia Digital bagi NSO Malaysia Sdn Bhd, pengendali NS. MDEC menegaskan pelaburan digital berkualiti dialu-alukan, tetapi perlu mematuhi undang-undang negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved