MBIP tutup, sita premis Network School di Forest City

LocalBusiness & Finance
22 Jul 2026 • 12:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: MBIP tutup, sita premis Network School di Forest City
MBIP menutup dan menyita salah sebuah premis NS0 Malaysia Sdn. Bhd. (Network School) di Forest City selepas menyerahkan Notis Perintah Penutupan Premis pada Rabu.
Image from: MBIP tutup, sita premis Network School di Forest City
Anggota penguat kuasa MBIP memasang pita kuning di salah satu premis Network School.
Image from: MBIP tutup, sita premis Network School di Forest City
Petugas media berkumpul di luar premis Network School.

ISKANDAR PUTERI – Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) menutup dan menyita salah sebuah premis NS0 Malaysia Sdn. Bhd. (Network School) di Forest City selepas menyerahkan Notis Perintah Penutupan Premis pada Rabu.

Tindakan penguatkuasaan itu dilaksanakan selepas anggota penguat kuasa MBIP tiba di lokasi kira-kira jam 11.30 pagi bagi menyerahkan notis sebelum operasi penutupan dan penyitaan premis berkenaan dijalankan.

Sebuah premis kemudiannya dipasang pita penghalang berwarna kuning yang tertera logo MBIP selain Notis Perintah Penutupan Premis yang berkuat kuasa mulai jam 11.45 pagi.

Notis berkenaan menyatakan tindakan itu diambil mengikut Undang-Undang Kecil 49(2), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MBIP) 2018.

**media[3590637]**

Tinjauan mendapati keadaan sekitar premis lengang selain papan tanda Network School sudah diturunkan, manakala petugas media mula berkumpul seawal jam 10 pagi.

Difahamkan, MBIP akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat berhubung tindakan penutupan dan penyitaan premis itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan warga Israel sertai Network School di Forest City, Onn Hafiz gesa siasatan menyeluruh

Syabas rakyat Malaysia prihatin tentang Network School

Isu Network School: Ahli Kongres AS desak semak hubungan AS - Malaysia

Sementara itu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, dijadual mengadakan sidang media di Bangunan Dato' Jaafar, Kota Iskandar pada jam 2.30 petang bagi mengulas isu berkenaan.

Pada Selasa, MBIP memaklumkan keputusan membatalkan lesen perniagaan Network School dibuat menerusi Mesyuarat Penuh Khas MBIP selepas penelitian terhadap laporan pemeriksaan, dapatan penguatkuasaan serta representasi pihak syarikat.

Menurut MBIP, bagi premis di P-01-11, Teluk Bintang, Jalan Forest City 5, Pulau Satu, Forest City, syarikat berkenaan didapati menjalankan perniagaan tanpa lesen.

**media[3590638]**

Susulan itu, MBIP mengeluarkan Notis Henti Niaga mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 3(1) Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MBIP) 2018.

Bagi sebuah lagi premis di P-01-12, Teluk Bintang, Jalan Forest City 5, Pulau Satu, Forest City, MBIP berkata lesen premis perniagaan dan iklan dibatalkan selepas syarikat didapati menjalankan aktiviti perniagaan yang tidak selaras dengan kelulusan diberikan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved