Letak Status ‘Single Mother of 7″ Di Instagram, Rebecca Nur Islam Beri Bayangan Berpisah Dengan Suami?

Entertainment
30 Aug 2025 • 11:06 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Rebecca Nur Al Islam menjadi perhatian apabila pelakon tersebut menukar status di Instagram menjadi ‘Single Mother of 7“, ibu tunggal 7 anak baru-baru ini.

Penukaran status di Instagram itu sekali gus menyebabkan ramai beranggapan bahawa Rebecca telah pun berpisah dengan suaminya, Datuk Norazam Sulaiman.

Untuk makluman, Rebecca telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya itu pada tahun 2011.

image is not available

Selain itu, menurut Harian Metro, Rebecca turut memuat naik foto suaminya di Instagram beserta kapsyen:

“Assalamualaikum, 18 tahun kami bersama. Semoga Allah memberkati awak dengan kesihatan dan kemewahan. Terima kasih untuk memori 18 tahun ini, kita sudah cuba yang terbaik, tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang”

image is not available

Perkongsian di Instagram itu seakan memberi bayangan bahawa dia dan suami telah bercerai selepas 18 tahun mendirikan rumah tangga.

Namun, menurut Berita Harian, Rebecca meminta diberi sedikit ruang apabila diminta untuk mengulas dakwaan berpisah dengan suami oleh media.

Sumber: Harian Metro

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.