Letupan Bom Jawa Barat: Seorang Polis Disahkan Maut, 10 Lagi Cedera 

7 Dec 2022 • 11:51 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Letupan Bom Jawa Barat: Seorang Polis Disahkan Maut, 10 Lagi Cedera

JAKARTA – Insiden pengeboman berani mati yang terjadi di Astana Anyar Polsek, Kota Bandung Jawa Barat pada pagi Rabu telah mengorbankan seorang polis.

Memetik laporan Detik News, polis tersebut dipercayai cedera parah sebelum disahkan meninggal dunia.

Sementara itu, 10 mangsa yang cedera masih lagi berada di hospital untuk dirawat. Seorang dari kesemua mangsa pula merupakan orang awam yang ketika itu turut berada di lokasi kejadian tersebut.

Manakala, suspek pula dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Ketua Perhubungan Masyarakat Polda Jawa Barat Kombes Pol Ibrahim Tompo, anggota polis yang cedera kini sedang menjalani rawatan.

“Keadaan mangsa yang masih menjalani rawatan masih belum dapat dipastikan, saya berharap ia tidak membawa kepada maut,” jelas pihaknya.

Malah, pihaknya turut berkata polis masih lagi sedang menjalankan pemeriksaan selepas kejadian tersebut membunuh suspek tersebut.

image is not available
Kredit Gambar: Raisan Al Farisi

“Kami masih lagi sedang menyemak maklumat terkini daripada pihak Polsek. Sewaktu kejadian, pelaku tersebut dipercayai masuk ke pintu hadapan dan akhirnya berlaku letupan. Butirannya akan dimaklumkan kemudian,” tambahnya.

Sementara itu, pihaknya turut meminta supaya orang ramai kekal tenang dalam menangani kejadian tersebut.

Terdahulu, siasatan awal mendapati bahawa seramai tiga orang polis cedera dalam kejadian letupan bom berani mati terbabit.

Ia berlaku di balai polis Astana Anyar, Bandung, Jawa Barat pada pagi Rabu.