Letupan bom, tangguh dahulu perjalanan ke Selatan Thailand

23 Aug 2026 • 12:49 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Letupan bom, tangguh dahulu perjalanan ke Selatan Thailand

KOTA BHARU – Rakyat Malaysia disarankan agar menangguhkan dahulu perjalanan ke Selatan Thailand susulan 51 insiden keganasan termasuk letupan bom berlaku secara serentak membabitkan Narathiwat, Yala dan Pattani dalam tempoh hampir dua jam pada malam tadi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, saranan itu perlu diberi perhatian serius berikutan keadaan keselamatan di Selatan Thailand yang masih tidak menentu dan insiden keganasan dilaporkan berlaku hampir setiap hari.

Katanya, pendirian Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan kekal seperti kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar Negeri.

“Kita tidak halang, namun perlu berhati-hati jika masuk ke sana. Malam tadi, saya ada bersama kumpulan Ducati Malaysia (motosikal) yang tiba di Kelantan dan mahu masuk ke Thailand hari ini.

“Saya nasihatkan mereka untuk tidak masuk ke Hatyai kerana ada 51 kejadian (letupan) yang berlaku di Selatan Thailand malam tadi,” pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Pelupusan Barangan Kes Jabatan Siasatan Jenayah di IPK Kelantan di sini hari ini.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, Selatan Thailand kembali bergegar apabila 51 insiden keganasan berlaku secara serentak membabitkan Narathiwat, Yala dan Pattani dalam tempoh hampir dua jam pada malam tadi.

Serangan yang dipercayai didalangi kumpulan pemisah itu merangkumi pengeboman, pembakaran pejabat dan kenderaan kerajaan, letupan menara telekomunikasi, rompakan, letupan kedai serbaneka serta pembakaran tayar. – KOSMO! ONLINE

The post Letupan bom, tangguh dahulu perjalanan ke Selatan Thailand appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved