
KLANG – Letupan bunga api yang berlaku ketika kebakaran memusnahkan deretan lima buah kedai di Taman Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, awal pagi tadi, bukan berpunca daripada stor penyimpanan bunga api.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, siasatan awal mendapati hanya terdapat satu kotak kecil bunga api yang disimpan di lokasi berkenaan sejak sambutan Hari Raya lalu.
“Setakat ini tiada unsur jenayah dikesan dan kejadian lebih kepada tindakan pihak bomba ketika memadam kebakaran.
“Bunga api itu bukan disimpan di dalam stor atau premis khas penyimpanan bunga api, sebaliknya hanya satu kotak kecil yang disimpan sejak Hari Raya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan letupan bunga api ketika kebakaran tersebut mencetuskan tanda tanya sehingga ada dikaitkan stor penyimpanan bunga api.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar memaklumkan kebakaran melibatkan lima buah kedai antaranya bengkel pengimpalan dan motosikal selain kedai makan, penyelenggaraan penyaman udara dan membaiki peti sejuk. – KOSMO! ONLINE
The post Letupan bunga api berpunca kotak simpanan Aidilfitri appeared first on Kosmo Digital.




![[VIDEO] Sungai Sireh meriah, letupan bunga api semasa kebakaran](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-17-at-12.34.41-PM-1024x538.jpeg)
