Lima kedai sederet hangus

17 Aug 2026 • 2:24 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Kedai hangus

KLANG: Lima kedai sederet hangus dalam kejadian kebakaran dekat Taman Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.00 pagi itu melibatkan sebuah bengkel kimpalan, bengkel motosikal, restoran, kedai servis penghawa dingin dan baiki peti ais masing-masing terbakar lebih 80 peratus.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, bagaimanapun kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.

“Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan lima buah kedai sederet bangunan keas B. Setia kedai berkeluasan 1,400 kaki persegi. Keluasan keseluruhan bangunan terbakar iaitu 7,000 kaki persegi.

“Anggaran peratusan kebakaran setiap unit adalah 80 peratus dan tidak melibatkan mangsa. Kerja-kerja pemadaman api dijalankan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.50 pagi dan menggerakkan seramai 19 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang dan Klang Selatan dalam operasi tersebut.

Operasi pemadaman menggunakan dua unit Fire Rescue Tender (FRT), tangki air dan Rapid Intervention Motorcycle (RIM). – UTUSAN

The post Lima kedai sederet hangus appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved